Monday, March 28, 2022

Pondok Fauzi Sungai Yan dalam kenangan






Pondok Fauzi yang penuh keberkatan ini mengimbau kenangan semasa kecil dahulu.

Ustaz Sazali bin Tuan Guru Hj Fauzi mudir pondok sekarang dan ustaz ustaz yang lain termasuk Ustaz Syauqi , Ustaz Hamzah , Ustaz Ismail , Ustaz Abdul Hamid mendidik ku mengenali agama semasa usia kecil.

Imbas kenangan dahulu semasa di Pondok Fauzi yang penuh berkat.

Bermula usia 6 tahun saya ulang alik ke rumah nenek (Tok Hajjah Saudah) di Pondok yang berkat ini .Semasa umur 11 dan 12 tahun saya menetap di Pondok Fauzi .


Dahulu di Pondok Fauzi ini orang tua tua akan puasa 3 bulan berturut turut bermula Rejab Syaaban hingga Ramadhan. 

Setiap Ramadhan sepanjang saya tinggal di sana, saya ditugaskan kutip cucur setiap hari lepas solat asar untuk jamuan moreh setelah selesai tarawikh. 

Solat tarawikh 20 rakaat kemudian ditambah 3 rakaat witir. Setelah 15 Ramadhan semua jemaah pondok Fauzi akan qiyamulail berjemaah akan solat sunnat 100 rakaat . Semasa kecil dulu dulu sudah pasti saya tidak mampu untuk ikut semua yang mereka buat .


Setelah hari raya aidil fitri kemudian disambung terus puasa 6 syawal bermula pada tanggal 2 syawal secara serentak, kemudian pada 8 syawal akan sambut raya secara beramai ramai dalam keadaan sangat meriah.

Keadaan masyarakat di situ amat meriah , saya selalu bergaul dengan tok wan dan tok tok di pondok. Tok wan tok wan selalu bawa saya solat jenazah dan ke ceramah dimerata tempat sekitar Kedah.

Setiap kali raya haji , pondok akan melaksanakan korban lembu secara gotoroyong. Bilangan lembu yang ditumbangkan setiap tahun berbelas belas ekor. 

Disini jugalah saya mula dikenalkan dengan Allahyarham Dato Fadzil Mohad Noor dan perjuangan. Banyak kenangan semasa kecil di Pondok Fauzi pada tahun 1999.

Ya Allah sungguh meriah dan seronok jika dapat kembali ke zaman itu.

Sekarang ramai Ustaz ustaz dah meninggal dunia termasuk Ustaz Ismail , Ustaz Abdul Hamid , mak ngah isteri tuan guru hj Fauzi , dan lain lain lagi.

Semoga Allah rahmati mereka semua. Al Fatihah.

Kenangan di Majlis Israk Mikraj dan sambutan ambang Ramadhan Pondok Fauzi 

27.3.2022








 

Makam Tok Saodah


 Makam Tok Saodah 28.3.2022 sebelum Ramadhan.

Teratak Bonda Mahtom majlis zikir bersama Syeikh Ali London 19 Dia 2024

sejarah majlis zikir di teratak bonda mahtom 19 dis 2024  Sejarah majlis zikir di teratak bonda mahtom ........