Wednesday, April 29, 2020

Siti Khadijah umul mukminin


SIRI 1 KENAL UNTUK CINTA:

UMMU AL MUKMIMIN SAIDATINA KHADIJAH BINTI KHUWAILID AL KUBRA'

خَيْرُ نِسَائِهَا مَرْيَمُ بِنْتُ عِمْرَانَ ، وَخَيْرُ نِسَائِهَا خَدِيجَةُ بِنْتُ خُوَيْلِدٍ
"Sebaik baik wanitanya ialah Saidah Mariyam binti Imran dan Sebaik baik wanitanua juga Saidah Khadijah Binti Khuwailid."- Al-Hadis

★ Dilahirkan kira-kira 15 tahun sebelum Tahun Gajah dan di besarkan dalam keluarga yang mulia dan tehormat.

★ Sebelum bernikah dengan Rasulullah, beliau telah berkahwin dengan Abu Halah bin Zurarah At-Tamimi dan mempunyai anak bernama Halah bin Abi Halah dan Hind bin Abi Halah.

★ Kemudian beliau bernikah dengan Atiq bin A'id hingga beberapa waktu sebelum bercerai.

★Beliau bernikah dengan baginda SAW ketika beliau berusia 40 tahun, dan baginda SAW berusia 25 tahun.

★ semasa hidupnya baginda tidak permah bernikah dengan wanita yang lain

★ Hasil perkongsian hidup dengan baginda SAW, mereka di kurniakan 2 anak lelaki dan 4 perempuan.

★ Anak- Anak lelaki bernama Saiyidina Qasim dan Saiyidina Abdullah At-Thohir. Kedua-dua mereka wafat ketika masih kecil

★ Anak-Anak perempuan bernama Saidatina Zainab, Saidatina Ruqayyah, Saidatina Ummu Khultum dan Saidatina Fatimah Az Zahra'.

★ Beliau menenangkan Nabi SAW sewaktu kali pertama menrima wahyu, dan menjadi wanita pertama yabg menluk islam.

★ Beliau mengorbankan masa dan hartanya untuk islam.

★ Ketika gering, beliau telah menerima ucapan salam Salam khusus dari Allah kepadanya.

★ beliau wafat pada 11 Ramadhan tahun 10 Kerasulan. Dan di maqamkan di Jannatul Maala.